Seperti yang diketahui, Celcom kini sudah mula untuk menamatkan rangkaian 3G berperingkat sepanjang tahun 2021 seiring dengan pelan infrastruktur JENDELA.

Oleh yang demikian, mereka menawarkan penukaran kad SIM 4G secara percuma buat pelanggannya. Selain itu, pelanggan turut menerima telefon pintar percuma dengan langganan XP Lite atau Celcom MEGA.

Kesemua peranti yang ditawarkan adalah memenuhi kriteria rangkaian 4G dimana rangkaian ini memberikan banyak kebaikan berbanding 3G.

Sekiranya anda pelanggan Celcom yang masih belum menaik taraf kepada kad SIM 4G, tekan pautan ini atau boleh kunjungi mana-mana kedai Celcom terdekat.

Terdahulu, opensignal pernah melaporkan bahawa sebanyak 81.9% pengguna di Malaysia masih lagi menggunakan rangkaian 3G.

Sumber: celcom

Baca juga: