Melalui pelan infrastruktur digital, JENDELA yang diumumkan setahun yang lalu, penamatan rangkaian 3G adalah salah satu langkah yang akan diambil sebagai usaha tambah baik komunikasi digital negara.

Ia dituruti pula dengan Celcom yang menyatakan pelan 3 langkah pemberhentian rangkaian 3G telah pun disediakan sepanjang tahun 2021.

Lanjutan daripada itu, Celcom sudah membuat hebahan mengenai proses penamatan tersebut. Melalui SMS yang dihantar, pemberhentian rangkaian 3G telah bermula dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga penghujung Disember 2021.

Dalam pada itu, pengendali rangkaian tempatan itu juga menyarankan pengguna untuk beralih kepada peranti yang mempunyai sokongan rangkaian 4G bagi memastikan penggunaan sentiasa lancar.

Baca juga: