Kemaskini 2.10pm:Β Masalah perkhidmatan rangkaian Celcom telah dibaikpulih. Bagaimanapun, pihak teknikal Celcom masih memantau prestasi rangkaian berkenaan. Pengguna dinasihatkan untuk reboot semula peranti.
Maaf di atas isu rangkaian seperti yang dimaksudkan,@Syarinaazreen3 . Isu telah diselesaikan & pihak teknikal masih memantau prentasi rangkaian di sana. Sekarang minta untuk anda restart telefon & selepas itu, maklumkan kepada kami ya.
-Izziani
— Celcom (@Celcom) November 5, 2020
Artikel asal:Β Celcom hari ini mengesahkan perkhidmatan telekomunikasi syarikat itu sedang mengalami gangguan bagi rangkaian perkhidmatan. Perkara ini disahkan melalui ciapan balas akaun rasmi Celcom di Twitter.
Our deepest regret for the inconvenience caused for the said network issue you are facing,@mujeshjay. There's some network issue right now and it is currently being handled by our technical team to get it up and running again! We truly appreciate your patience.
-Izziani— Celcom (@Celcom) November 5, 2020
Melalui tinjauan di Twitter, gangguan tersebut melibatkan perkhidmatan termasuk akses data internet. Dalam pada itu, rata-rata pengguna turut melahirkan rasa kecewa berkenaan isu tersebut. Tambahan pula, ada yang perlu menghadiri kelas dalam talian dan sebagainya.
Hi @Celcom, why i cannot open Google / YouTube and other thing but social media ok ja pun line. Please make your Internet access smoothly, i have to attend online classes and quiz today. Thank youu. pic.twitter.com/QEfiKp5Zrn
— ππππππ (@frhnagotnochill) November 5, 2020
https://twitter.com/teho_san/status/1324158266604072960
Buat masa ini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu menyatakan isu berkenaan sedang dibaik pulih oleh pihak teknikal Celcom. Belum diketahui bila ia akan pulih sepenuhnya.
Isu baik pulih perkhidmatan Celcom akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jadi, adakah anda mengalami gangguan perkhidmatan yang sama? Tinggalkan komen anda.