Celcom dilaporkan telah memperkenalkan ciri panggilan suara terbaharu, VoWiFi (Voice over WiFi) setelah melancarkan VoLTE sebelum ini.
Dengan VoWiFi, panggilan suara boleh dilakukan melalui mana-mana rangkaian WiFi, tidak kira liputan mudah alih anda.
Ini bermakna anda boleh membuat atau menerima panggilan suara yang berkualiti di mana-mana sahaja dengan sambungan WiFi, dan tentunya bergantung kepada kestabilan sambungan rangkaian WiFi tersebut.
Bagaimanapun, buat masa ini, hanya 9 peranti yang menerima sokongan Celcom VoWiFi – vivo X80 dan X80 Pro, siri HUAWEI Mate 20, siri HUAWEI P30, HUAWEI Nova 5T, dan Nokia X20.
Peranti Apple dan Samsung masih tidak tersenarai untuk ciri ini.
Sumber: SoyaCincau
Baca juga: