Celcom memaklumkan bahawa mereka kini sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rangkaian yang melibatkan beberapa daerah di beberapa buah negeri di Malaysia

Kerja-kerja penyenggaraan itu yang dibuat secara berperingkat sudah bermula sejak 23 Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos 2021.

Masa penyenggaraan yang dijadualkan pula adalah berbeza waktu mengikut daerah dan negeri yang terlibat. Ada yang bermula seawal dari jam 12.00 pagi dan ada yang bermula dari jam 8.30 pagi.

Sebagai contoh, kerja-kerja penyenggaraan rangkaian Celcom di beberapa daerah di Terengganu, Kelantan dan Pahang dari 23 hingga 26 Ogos akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Celcom juga memaklumkan, pelanggan mereka mungkin akan alami gangguan rangkaian ketika aktiviti penyenggaraan rangkaian dijalankan di kawasan tersebut seperti perkhidmatan panggilan suara dan data internet.

Pelanggan Celcom boleh melayari laman rasmi Celcom Network Checker bagi menyemak negeri dan daerah yang terlibat serta waktu mula dan selesai kerja-kerja penyenggaraan rangkaian di kawasan mereka.

Sumber: Celcom