2 bulan menyepi setelah mengumumkan pemergiannya dari OnePlus, Carl Pei kini mengumumkan beliau telah mengumpul dana dan pelaburan sebanyak $7 juta (~RM28.44 juta) untuk syarikat baharunya.

Antara individu berprofil tinggi yang turut terlibat melabur dalam syarikat baharu Carl Pei adalah:

  • Tony Fadell – Pencipta iPod
  • Casey Neistat – Penggiat YouTube
  • Kevin Lin – Pengasas Bersama Twitch

Buat masa ini, Carl Pei belum lagi menyuarakan secara rasmi apakah projek yang bakal diterajui dalam syarikat baharunya. Namun, syarikat tersebut dikatakan bakal dibina berpengkalan di London tidak lama lagi.

Sumber: Techcrunch