Nothing nampaknya agak agresif dalam mempromosi telefon kedua mereka. Ini tidak pelik kerana Carl Pei telah melantik Kyle Kiang yang sama bertanggungjawab menaikkan nama OnePlus dulu.
Terbaru, Carl Pei memuat naik imej tangkap layar daripada telefonnya, yang dipercayai daripada Nothing Phone (2) yang menggunakan Nothing OS 2.0.
My home screen. Share yours? pic.twitter.com/qgqqNCpsrb
— Carl Pei (@getpeid) June 22, 2023
Hal ini disebabkan posisi jam di hujung kiri, yang mana Phone (1) dulu terletak kiri namun sedikit ke tengah untuk beri ruang pada jam.
Ini selari dengan laporan minggu lalu yang mendedahkan Phone (2) hadir dengan lubang kamera swafotonya di tengah.
Hi. pic.twitter.com/9GwSQxKgk7
— Mladen M. Hoyss (@HoyssMladen) June 22, 2023
Selain itu, Mladen M. Hoyss iaitu Pengarah Kreatif Perisian dan Bruno Viegas yang terlibat dalam perisian turut sama memuat naik skrin utama yang lebih kurang sama.
Katanya pada XDA awal bulan lalu, mereka mahu bangunkan semula Nothing OS 2.0 dari awal. Kita tahu bahawa Nothing OS pada awal kemunculannya dulu dibangunkan oleh pihak ketiga yang diupah oleh Nothing.
There ya go pic.twitter.com/HUMka3XnYd
— Bruno Viegas (@brunomfviegas) June 22, 2023
Hanya selepas mempunyai kakitangan yang cukup, barulah mereka menyambung pembangunannya dengan hasil tangan sendiri.
{suggest}
Sudahkah anda melihat kabel USB-C oleh Nothing (bagi saya paling sempoi setakat ini)? Baca artikel di SINI.
Sumber: Carl Pei