Carl Pei, pengasas bersama OnePlus telah mengesahkan beliau tidak lagi bersama OnePlus pada Oktober tahun lalu. Dua bulan menyepi, beliau kemudiannya mengumumkan dana dan pelaburan sebanyak $7 juta (~RM28.44 juta) telah dikumpul untuk syarikat baharunya.

Terbaru, Carl Pei menerusi Twitter kini mengumumkan jenama baharu akan didedahkan pada 27 Januari 2021.

Spekulasi sebelum ini mengatakan jenama baharu Carl Pei adalah melibatkan produk berkaitan audio dan akan berpengkalan di London. Bagaimanapun, buat masa ini tidak banyak yang dapat disahkan mengenai syarikat baharu itu.

Terdahulu, dana pelaburan bernilai $7 juta (~RM28.44 juta) telah berjaya dikumpul dengan antara individu berprofil tinggi yang terlibat termasuklah Tony Fadell (pencipta iPod), Casey Neistat (penggiat YouTube) dan Kevin Lin (pengasas bersama Twitch).

Sumber: GizmoChina