Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Carian Shorts Di YouTube Kini Lebih Mudah

Posted on Oktober 28, 2022

YouTube Shorts merupakan sebuah video yang berdurasi pendek serta ringkas sahaja intipatinya. Cara menontonnya juga seolah-olah sama dengan TikTok.

Namun, video pendek ini sudah bercampur dengan video yang berdurasi panjang serta video siaran langsung. Oleh disebabkan itu, YouTube memutuskan untuk memisahkan ketiga-tiga jenis video ini untuk memudahkan carian pengguna.

Berdasarkan maklum balas daripada pengguna, ianya agak merimaskan untuk melihat video-video itu digabungkan bersama. Video ulangan siaran langsung pun ada.

{suggest}

YouTube memutuskan untuk memisahkan video-video ini kepada tiga tab:

  • Tab Shorts: Apabila pengguna melihat Shorts dan melawat profil siaran tersebut, pengguna akan masih lagi dimasukkan ke dalam bahagian Shorts.
  • Tab siaran langsung: Di sini pengguna dapat menonton video siaran langsung sama ada yang sedang dijalankan sekarang, berjadual atau pun yang diarkibkan.
  • Tab video: Pengguna dapat menonton video yang berdurasi panjang ini seperti sediakala.

Terdapat juga tapisan seperti “Recently uploaded” dan “Popular” di dalam tab video tersebut. Ciri-ciri ini sudah tersedia untuk semua jenis peranti mengikut masa-masa yang tertentu.

Sumber: 9to5Google

Gambar: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress