Kepada anda yang gemar menonton Netflix, Diseney+ dan sebagainya menggunakan TV Android, sememangnya berasa sedikit jengkel dengan paparan continue watching yang muncul di paparan utama TV.

Situasi ini sekali gus boleh mengganggu privasi anda sekiranya program yang ditonton mempunyai unsur – unsur yang agak sensitif dan tidak sesuai untuk kanak – kanak. Berikut kami kongsikan cara untuk menyembunyikan paparan “Continue watching” pada TV Android.

Pertama sekali pilih ikon rancangan atau filem yang ingin disembunyi menggunakan alat kawalan jauh TV kemudian tekan dan tahan beberapa saat tombol OK.

Maka akan muncul paparan berikut, seterusnya pilih sahaja menu Hide.

Dengan itu paparan ikon bagi filem tersebut tidak lagi kelihatan pada halaman utama TV anda.

 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.