Kepada anda yang ingin “mengintai” pautan yang terdapat pada Chrome sebelum membukanya,berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali pilih pautan yang ingin di lihat sumbernya.

Kemudian tekan dan tahan seketika, sehingga muncul paparan berikut. Pilih menu Preview page.

Preview bagi pautan tersebut akan muncul dihadapan laman sesawang tanpa meninggalkan laman asal.

Sekiranya ingin membuka keseluruhan laman daripada pautan tersebut, tap sahaja ikon berikut.

Manakala untuk menutupny boleh sahaja tap pada ikon pangkah atau swipe sahaja kebawah.

 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.