Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Untuk Pin Tab Di Google Chrome

Posted on November 11, 2022

Google Chrome menjadi sebuah pelayar web yang utama untuk majoriti pengguna. Ia mempunyai pelbagai jenis ciri yang berguna dan menyediakan beberapa laman web yang diperlukan.

Terdapat beberapa langkah untuk pengguna pin tab yang mereka mahukan di Google Chrome. Kaedah ini sesuai untuk Mac dan Windows dan berfungsi sama sahaja.

Ini merupakan langkah-langkahnya:

  1. Buka Google Chrome dan pilih laman sesawang yang ingin dipin.
  2. Right-click tab laman sesawang tersebut pada Chrome Windows di atas sekali.
  3. Tekan pin pada menu shortcut.
  4. Pengguna akan lihat tab yang dipin akan mengecil dan kekal posisinya.

Pengguna boleh menggunakan Chrome shortcut dengan right-click tab, tekan kekunci P dan tekan Enter atau Return.

Memandangkan tab boleh dipin seberapa banyak yang pengguna mahukan, ianya boleh sahaja diubah mengikut posisi yang diinginkan. Pengguna hanya perlu meleretkan tab tersebut pada Chrome Windows di atas sekali.

Ini pula cara untuk unpin tab yang tidak diingini lagi:

  1. Right-click tab yang ingin dibuang.
  2. Tekan unpin pada menu shortcut.

Untuk kaedah ini, pengguna juga boleh menggunakan Chrome shortcut. Pengguna hanya perlu right-click tab, tekan kekunci U, dan tekan Enter atau Return.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress