Tips kali ini kami ingin berkongsi cara – cara untuk mengubah warna latar belakang gambar pasport menggunakan perisian Photoshop.
Caranya tidaklah serumit yang anda sangkakan, ikuti sahaja langkah berikut.
Langkah 1
Pertama sekali, buka gambar yang ingin disunting pada perisian Photoshop
Langkah 2
Pada perisian Photoshop, pilih fungsi Polygonal Lasso Tool untuk memisahkan latar belakang daripada gambar. Caranya dengan mengelilingi keseluruhan gambar dengan garis putus – putus.
Langkah 3
Untuk memperhalusi lagi potongan gambar tersebut pilih Select – Modify – Smooth. Pada tetingkap Smooth Selection yang muncul, masukkan nilai 2 pixels dan klik OK
Langkah 4
Maka berikut adalah hasilnya, apappun pastikan bahagian tepi yang ingin dipotong kemas dan tiada langsung baki “background” asal.
Langkah 5
Seterusnya salin potongan tersebut dengan menekan crtl + j, maka akan muncul satu salinan gambar dengan latar belakang Transparent seperti berikut.
Langkah 6
Kemudian pilih warna latar belakang yang anda inginkan sebagai ganti yang lama.
Langkah 7
Seterusnya pada bahagian fail background, tekan kekunci ctrl +Delete untuk menggantikan warna tersebut. Maka akan muncul hasil seperti berikut. Kemudian pilih menu Layer – Flatten Image untuk hasil yang lebih baik.
Langkah 8
Akhir sekali, simpan gambar tersebut, selesai.
Berikut adalah hasil sebelum dan selepas.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.