Netflix sebagai penyedia rancangan tv dan filem atas talian nombor satu dunia sememangnya tidak dapat disangkal lagi, dengan kos langganan yang berpatutan, ianya menjadi pilihan ramai pengguna sebagai alternatif kepada saluran tv tradisional.
Kepada anda yang berkongsi akaun dengan pengguna – pengguna lain, berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan kata laluan agar ianya tidak dapat dibuka oleh pemilik profil yang lain.
Pertama sekali masuk ke menu Account
Kemudian klik simbol berikut pada ikon profil anda.
Pada bahagian Profil Lock, klik menu Change
Pada paparan berikut, masukkan kata laluan akaun Netflix anda terlebih dahulu
Seterusnya aktifkan fungsi kata laluan dan tetapkan kata laluan yang anda inginkan disusuli dengan menekan tombol Save.
Kemudian klik pada Exit Profile
Manakala apabila nada ingin membuka profil tersebut akan muncul paparan meminta kata laluan, selesai.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.