Kepada anda yang malas menaip dan kerap menggunakan mesej suara pada Whatsapp, berikut kami kongsikan cara untuk mengubahnya kepada jenis suara yang unik dan lucu. Sangat sesuai untuk anda yang suka menyakat kawan – kawan.
Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.
Pertama sekali, pasang aplikasi berikut pada peranti Android anda.
ianya boleh didapati pada laman APkPure.com atau klik sahaja pada pautan dibawah
https://apkpure.com/voice-changer-with-effects/com.baviux.voicechanger
Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan mula merakam suara anda dengan menekan tombol berikut
Pilih jenis suara yang anda ingin tukarkan. Kemudian, klik pada ikon tiga titik dan seterusnya menu Share
Seterusnya pilih aplikasi Whatsapp dan mana – mana nombor yang anda ingin hantarkan pesanan tersebut. Selesai.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.