Walaupun perkara ini tidaklah signifikan sangat untuk diatasi, namun kepada anda yang berasa jengkel dengan garisan merah ketika menaip menggunakan Word, berikut kami kongsikan cara untuk menghilangkannya secara kekal.
Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.
Kaedah 1
Masuk ke menu File > Option
Pada bahagian Proofing, hapuskan tanda pada menu Check Spelling as you type dan Mark grammar errors as you type.
Selesai, sekarang tiada lagi garis merah yang akan muncul.
Kaedah 2
Highlight kan perkataan yang ingin dihapuskan garisnya,
Mesuk ke bahagian Review kemudian pilih Set Language Proofing. Hapuskan tanda pada menu Do Not Check Spelling or Grammar. Selesai, kaedah ini adalah lebih efisien dalam menghapuskan garis merah berbanding dengan kaedah 1.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.