Pemadaman aplikasi di telefon pintar Android secara tidak sengaja sudah menjadi sebuah kebiasaan yang seringkali dilakukan oleh pengguna.
Ini merupakan sebab-sebab pengguna kehilangan aplikasi mereka tanpa sedar:
- Pengguna secara tidak sengaja membuang aplikasi tersebut.
- Perisian hasad telah diubah, rosak atau memadam fail yang tersimpan dalam peranti termasuk fail khususnya untuk aplikasi-aplikasi tertentu. Aplikasi antivirus juga boleh menyebabkan kehilangan beberapa aplikasi sepanjang proses pembersihan.
- Peranti berkenaan mengalami set semula kepada versi kilang di mana semua aplikasi yang pernah dipasang akan terpadam secara automatik.
- Penukaran peranti baharu di mana beberapa aplikasi akan ditinggalkan semasa proses pemindahan data.
Isu ini boleh terjadi kepada mana-mana pengguna Android. Jadi, ini merupakan solusi untuk mengembalikan semula aplikasi-aplikasi tersebut:
- Lancarkan aplikasi Google Play Store.
- Tekan pada ikon Google account menu yang terletak di hujung kanan skrin.
- Di dalam ruangan itu, tekan pada bahagian “Manage Apps and device“.
- Pilih bahagian Manage bersebelahan dengan Overview.
- Tekan bahagian “Installed” dan tukarkannya kepada “Not Installed“.
Pengguna akan menjumpai senarai-senarai aplikasi yang telah dibuang sebelum ini. Tekan pada ikon aplikasi tersebut untuk memuat turun semula.
Jika pengguna ingin memuat turun beberapa aplikasi dengan serentak, mereka hanya perlu menekan kotak kecil yang terletak pada hujung senarai aplikasi tersebut.
Dengan cara ini, pengguna dapat ‘menyelamatkan’ aplikasi-aplikasi yang telah dibuang sebelum ini tanpa perlu mencarinya satu demi satu.
{suggest}