Kepada anda yang ingin mendapatkan gambar yang terdapat pada fail PDF dan memasukkannya kepada dokumen Word, paint dan sebagainya, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali muat turun dan pasang aplikasi Acrobat Reader DC pada PC Windows ataupun Mac.

Kemudian buka fail PDF menggunakan aplikasi tersebut dan pilih menu Arrow.

Seterusnya skrol kebawah pada gambar yang ingin diambil dan klik pada gambar tersebut.

Kemudian klik kanan pada gambar tersebut dan pilih menu Copy image.

Akhir sekali tampalkan gambar tersebut pada mana – mana aplikasi yang anda inginkan seperti Word, piant dan lain – lain.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.