Kegunaan Blueetooth sememangnya sangat penting kepada pengguna peranti pintar seperti PC, peranti Android, iOS dan lain – lain. Selain daripada bertindak sebagai medium sambungan peranti, ianya juga digunakan untuk memindahkan data secara pantas.
Walaupun fungsi Bluetooth ini adalah tetapan “Default” pada PC ataupun Mac, namun ada juga sesetengah kes yang mana fungsi tersebut telah dinyahaktifkan sama ada secara sengaja ataupun sebaliknya. Berikut kami kongsikan langkah -langkah untuk mengaktifkan kembali fungsi Bluetooth pada PC dan Mac.
Pengaktifan pada WindowsÂ
Langkah 1
Start Menu > Setting, boleh juga menggnakan shortcut Win + A kemudian masuk ke All Setting
Langkah 2
Pilih Menu Devices
Langkah 3
Pilih menu Bluetooth & Other Devices. Kemudian aktifkan tombol untuk Bluetooth, selesai.
Pengaktifan pada Mac OS
Langkah 1
Pada Start Menu pilih System preferences
Langkah 2
Kemudian pilih menu Bluetooth
Langkah 3
Klik pada tombol Turn Bluetooth On
Langkah 4
Selesai, sekarang anda boleh mula menghubungkan peranti anda dengan menggunakan Bluetooth.
Info tambahan
Kepada PC yang rosak fungsi Bluetooth nya, jangan bersedih kerana terdapat peranti tambahan yang boleh anda dapati dipasaran sebagai ganti. Yang mana kaedah pemasangannya adalah semudah “Plug & Play“.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.