Di zaman teknologi yang serba canggih, pelbagai aktiviti harian telah di digitalkan unyuk memudahkan urusan harian kita. Namun begitu, tidak semua perkara perlu di digitalkan, salah satu daripadanya adalah penggunaan kalendar dan peringatan jadual harian.
Kepada anda yang gemar menggunakan jadual versi “oldschool” ditampal pada dinding dan sebagainya, berikut kami kongsikan cara untuk mencetak kalendar peribadi anda daripada Google Calendar .
Setelah masuk ke laman tersebut, pertama sekali pilih sama ada untuk mencetak paparan harian, minggu ataupun bulanan.
Seterusnya klik pada ikon berikut dan pilih menu Print.
Pilih paparan yang anda inginkan, sama ada Harian atau Mingguan.
Kemudian tetapkan Range iaitu julat bagi tempoh yang ingin dicetak.
Ubah jenis tulisan dan saiz mengikut kegemaran anda sebelum anda mula mencetaknya.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini semoga bermanfaat.