Dikala cuaca di Malaysia ketika ini tidak menentu dan boleh menjadi terlalu panas yang melampau, sesebuah peranti berpotensi untuk menjadi cepat panas atau overheat.
Overheat ini berisiko untuk menjejaskan prestasi dan berkemungkinan besar akan merosakkan komponen peranti anda seperti bateri, skrin, cip pemprosesan dan lain-lain.
Ini tips ringkas dan mudah untuk anda menangani isu tersebut dengan betul:
Jauhkan peranti daripada terdedah di bawah matahari
Secara amnya, pengguna perlu mengelakkan daripada mendedahkan peranti daripada terlalu lama di bawah matahari.
Untuk menyejukkannya, pengguna boleh meletakkan peranti ditempat yang teduh, sejuk dan boleh membuka casing buat sementara waktu sekiranya anda memakainya.
Walaupun begitu, perlu diingatkan untuk tidak meletakkan peranti secara terus ke dalam peti sejuk ketika suhu masih panas.
Perkara ini boleh mengakibatkan penurunan suhu berlaku secara mendadak dan boleh menghasilkan wap-wap air di dalam peranti. Seterusnya, peranti akan berisiko untuk menjadi rosak.
Cas Peranti Anda Ditempat Yang Teduh
Secara ringkas, ia sangat penting untuk mengecas peranti anda jauh daripada persekitaran yang panas. Tidak lupa juga untuk tidak menggunakan peranti anda semasa sedang mengecas seperti bermain mobile games.
Jika peranti anda terlalu panas, sangat disarankan untuk menanggalkan casing peranti ketika hendak mengecas atau membiarkan peranti untuk turun suhunya dulu sebelum mengecas.
Tambahan lagi, peranti yang sedang dicas juga tidak digalakkan berada di bawah bantal. Pasti ada yang gemar berbuat demikian. Ini kerana, haba ketika peranti dicas itu akan terperangkap.
Aktifkan Mod Kapal Terbang
Dalam tip di atas, saya ada menyarankan untuk membiarkan peranti supaya suhunya boleh turun sendiri secara efisien.
Salah satu cara terbaik untuk membantu cara tersebut adalah dengan meletakkan peranti anda dalam mod kapal terbang.
Menyahaktifkan data, WiFi, bluetooth atau lain-lain dapat mengurangkan penggunaan bateri peranti. Oleh itu, ia dapat mengurangkan suhu secara tidak langsung.
Selain itu, but semula (restart) peranti anda juga dapat mengurangkan suhu dengan lebih baik sekiranya peranti anda terlalu panas.
Kesimpulannya, gunalah peranti anda dengan sebaiknya dan jangan keterlaluan. Elakkan daripada membiarkan peranti anda daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari.
Disamping itu, biarkan atau jangan gunakan peranti ketika sedang dicas kerana ia bukan sahaja boleh menurunkan prestasi bateri tetapi juga akan menaikkan suhu peranti.
Sumber: lifestyleasia
Gambar utama: PCMag