Paparan “pop-up” yang muncul pada pelayar internet adalah perkara biasa, namun sekiranya terjadi dalam frekuensi yang kerap ianya boleh mengganggu dan menyebabkan pengguna berasa jengkel.
Berikut kami kongsikan cara untuk menyekat paparan “pop-up” notifikasi pada Chrome.
Pertama sekali klik pada menu 3 titik berikut.
Kemudian pilih menu Settings.
Skrol kebawah dan pilih menu Site settings.
Seterusnya klik pada menu Notifications.
Akhir sekali matikan tombol berikut, maka dengan itu tiada lagi gangguan paparan “pop-up” pada pelayar Chrome.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.