Fungsi iCloud sememangnya sangat berguna untuk membuat sandaran bagi gambar yang diambil, namun bagi pengguna yang tidak mengambil pakej storan iCloud tambahan mungkin boleh menyebabkan anda berasa jengkel dengan notifikasi storan yang hampir penuh.

Tips ini sesuai bagi anda yang mempunyai storan peranti yang besar dan baki ruangan simpanan masih besar. Jangan risau, anda boleh mematikan fungsi tersebut tanpa kehilangan gambar atau video yang disimpan pada iCloud.

Pertama sekali masuk ke menu Setting.

Seterusnya pilih menu Photos.

Apa yang perlu anda tahu sebelum mematikan fungsi iCloud Photos? bagi anda yang menggunakan fungsi “Optimize iPhone storage” foto asal tidak akan disimpan pada peranti, hanya versi yang telah dikecilkan saiznya sahaja disimpan.

Sebelum itu kami cadangkan anda ubah tetapan kepada “Download and keep originals” yang mana fungsi ini akan memuat turun semua gambar dan video asal yang telah disimpan pada iCloud ke dalam storan peranti. Sekiranya storan peranti anda tidak cukup, boleh sahaja muat turun terlebih dahulu daripada laman sesawang iCloud ke dalam storan PC.

Setelah kesemua gambar dan video asal dimuat turun, maka anda boleh mula mematikan fungsi iCloud berikut.

Seterusnya pilih menu Download Photos & Video bagi yang belum membuat Backup bagi fail gambar dan video.

Dalam masa beberapa saat fungsi iCloud Photos akan di matikan. Untuk melihat saiz storan terkini iCloud anda, boleh sahaja masuk ke menu Setting > Profile > iCloud.

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.