Pergerakan animasi pada Windows 11 sememangnya cantik dilihat namun ianya mungkin berbeza bagi sesetengah pengguna. Manakala pada PC yang berspesifikasi rendah berkemungkinan akan mengakibatkan prestasi PC akan terganggu.

Berikut kami kongsikan cara untuk mematikan animasi pada antaramuka Windows 11.

Pertama sekali masuk ke menu Setting.

kemudian masuk ke menu Accessibility > Visual Effects.

Pada paparan berikut, matikan fungsi Animation Effects dibawah.

Selesai, maka dengan itu tiada lagi pergerakan animasi pada paparan antaramuka WIndows 11.

Sekian, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.