Kepada anda yang risau akan akaun Netflix diguna oleh individu yang tidak dikenali, berikut kami kongsikan cara untuk “menendang” keluar semua pengguna yang mungkin menggunakan akaun anda tanpa kebenaran.
Pertama sekali masuk ke pautan berikut untuk melihat semua peranti yang mendapat akses ke akaun anda.
Sekiranya terdapat peranti yang meragukan akses ke akaun anda, masuk ke menu Account berikut.
Klik pada menu Sign Out All Devices.
Kemudian klik pada tombol Sign Out. Maka dengan itu kesemua peranti yang berhubung dengan akaun anda akan di “tendang” keluar.
Akhir sekali tetapkan kembali kata laluan akaun anda, selesai.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.