Pandemik COVID-19 banyak mengubah cara kita berhubung antara satu sama lain. Antaranya adalah dengan menggunakan platform telesidang seperti Zoom, Google Meet, Cisco Webex dan Microsoft Teams.

Bagi Microsoft Teams, ianya boleh digunakan untuk desktop dan juga telefon pintar. Terdapat pelbagai ciri yang dimuatkan pada platform ini untuk memudahkan pengguna melakukan tugasan kerja. Antaranya adalah ciri di mana pengguna boleh berkongsi skrin dengan rakan sekerja atau ketika melakukan pembentangan projek akhir dan sebagainya.

Berikut kami sediakan langkah mudah untuk berkongsi skrin pada Microsoft Teams.

Berkongsi skrin menggunakan Desktop di Microsoft Teams

Langkah pertama, anda perlu menyertai mana-mana telesidang atau “Meeting” terlebih dahulu.

kongsi skrin Microsoft Teams

Kemudian, tekan pada butang “Share Content” atau boleh menggunakan pintasan Ctrl+Shift+B.

kongsi skrin Microsoft Teams

Setelah itu, anda boleh memilih untuk melakukan perkongsian skrin menerusi Desktop, Window, PowerPoint, Whiteboard atau Browse.

Anda juga boleh menyembunyikan atau mematikan perkongsian dengan menekan butang di atas.

Berkongsi skrin menggunakan Telefon Pintar Di Microsoft Teams

Perkongsian skrin menggunakan telefon pintar tidak jauh beza dengan perkongsian menggunakan desktop. Akan tetapi, mungkin ada di antara anda yang keliru. Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.

Sama seperti desktop, sertai mana-mana telesidang terlebih dahulu.

Kemudian, tekan pada tiga titik tersebut.

Dalam senarai tersebut, pilih “Share” untuk memulakan perkongsian skrin.

kongsi skrin Microsoft Teams

Akhir sekali, anda boleh memilih untuk melakukan perkongsian skrin melalui PowerPoint, gambar, video atau skrin.¬†Anda juga boleh menamatkan perkongsian dengan menekan butang “Stop Presentation”.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan peranti, jangan lupa tinggalkan komen anda.