Kemas kini untuk Microsoft Windows 11 adalah untuk memastikan sistem operasi tersebut dapat berjalan dengan optimum.
Akan tetapi, ianya agak melecehkan apabila Windows Update kerap memberikan notifikasi menyuruh anda untuk mengemaskini Windows anda.
Perkara ini memang boleh dijangkakan dek kerana Windows 11 merupakan OS yang baharu daripada Microsoft dan masih jauh dari mencapai kestabilan seperti Windows 10.
Tambahan lagi, anda mungkin perasan bahawa sesetengah kemas kini daripada Windows Update itu tidak diperlukan.
Berita baiknya adalah Microsoft hanya mencadangkan sahaja untuk anda mengemaskini dan anda boleh memilih untuk tidak menerima sebarang notifikasi kemas kini daripada Microsoft.
Bagaimana Untuk Pause Kemas Kini Automatik Windows 11 Automatik

Terdapat beberapa pilihan tetapan tempoh masa yang anda boleh pilih untuk tidak menerima sebarang kemas kini daripada Microsoft. Hanya pilih sahaja yang mana satu sesuai dengan keinginan anda.
Ini adalah cara untuk pause kemas kini Windows 11 sehingga 5 minggu:
- Buka aplikasi Settings pada PC anda.
- Pilih Windows Update pada bar sisi aplikasi Settings itu.
- Buka kotak dropdown di sebelah ‘Pause updates’ dan pilih tempoh masa yang anda ingini.

Selepas tempoh masa yang anda pilih tamat, ia akan bersambung secara automatik. Tetapi anda boleh memilih untuk menambah lagi tempoh masa selepas tetapan masa yang sebelumnya tamat.
Di samping itu, jika anda ingin menamatkan pause kemas kini tersebut, anda hanya perlu menekan butang ‘Resume updates’ dan semuanya akan kembali kepada tetapan asal.
Sumber: XDA Developers
Baca juga: