Penggunaan mesej suara pada aplikasi WhatsApp sangat popular mutakhir ini sebagai ganti mesej dalam bentuk teks. Namun terdapat juga segelintir peranti yang mengalami masalah dalam merakam mesej suara ketika menggunakan aplikasi tersebut.
Selain daripada Restart dan menutup aplikasi, berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang boleh dicuba sekiranya ianya masih belum berhasil.
Pada Android
Masuk ke menu Setting dan pilih menu berikut, untuk mengakses kebahagian tetapan aplikasi dan notifikasi.
Kemudian pilih aplikasi WhatsApp
Tap pada menu Permissions
Seterusnya pilih menu Microphone, aktifkan fungsi tersebut. Sekiranya ianya sudah diaktifkan, boleh cuba matikannya dan aktifkannya kembali
Pada iPhone
Pilih menu Whatsapp
Kemudian aktifkan tombol Microphone berikut, selesai.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.