Pengguna semakin lama semakin kreatif dalam menghasilkan gambar untuk dikongsikan ke platform media sosial. Ataupun anda berniaga dan mahukan paparan terbaik imej produk. Namun, kadang-kala saiz gambar sedikit membantutkan paparan imej tersebut.
Kebanyakkan daripada kita juga kurang memahami saiz optimum untuk setiap saluran media sosial. Banyak laman yang menawarkan khidmat ubah saiz gambar dan salah satunya adalah Promo.
Pengguna boleh meletakkan imej, pilih saiz yang sesuai mengikut platform media sosial. Setelah selesai ubah saiz, pengguna hanya perlu muat turut dan kongsikannya. Ia mudah kerana kita mampu mendapatkan saiz yang bersesuaian mengikut saluran media sosial serta ia adalah percuma.
Sembilan media sosial dengan saiz terbaik yang disediakan adalah Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, Pinterest, LinkedIn, Snapchat, Emel dan Blog dan terakhir sekali Google Display Network.
1. Letakkan imej secara drag and drop atau navigasi dalam fail, atau import dari pautan URL.
2. Pilih platform media sosial yang dikehendaki.
3. Contohnya jika anda pilih Instagram, terdapat pilihan saiz yang sesuai digunakan untuk paparan media sosial itu. Anda juga boleh muat turun kesemua saiz dengan tekan butang Download All Images .
Mudah bukan? Hanya beberapa klik sahaja anda sudah dapat imej dengan saiz optimum untuk media sosial.
Kunjungi laman Promo
Sumber foto utama: Adobe