MySejahtera merupakan aplikasi yang amat penting buat masa sekarang. Mungkin kita akan menggunakannya dalam tempoh yang lama lagi.

Kadangkala kita berhadapan dengan situasi menukar nombor telefon atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Namun, kalau anda terlupa, nombor telefon ini penting bagi aplikasi MySejahtera. Kebiasaannya ramai orang mendaftar akaun MySejahtera ID menggunakan nombor telefon.

Bahkan, nombor telefon kita itu juga dihubungkan dengan kad pengenalan (IC). Oleh yang demikian, ini adalah cara mudah untuk menukar MySejahtera ID.

Pertama sekali, pastikan anda mengemaskini MySejahtera pada versi yang terkini melalui App Store atau Google Play. Seterusnya, buka aplikasi tersebut. Tekan pada profil dan klik menu (tiga garis).

Kemudian, tekan MySJ ID.

Di sini, ia akan memaparkan ID MySJ semasa anda. Oleh itu, masukkan nombor telefon baharu. Sebagai contoh, 12345678, tidak perlu letak “0”.

Sekiranya ID MySJ anda menggunakan e-mel, klik pada pautan “emel”.

Itu sahaja perkara yang diperlukan untuk mengemaskini nombor telefon atau e-mel ID MySJ anda, tidak lagi perlu melalui Helpdesk.

Baca juga: