Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Tingkatkan “Gaming Performance” Pada Windows 11

Posted on November 6, 2022

Pada kebiasaannya kualiti permainan video pada Windows 11 menjadi kurang memuaskan adalah disebabkan oleh Fungsi keselamatan seperti Memory Integrity dan Virtual Machine Platform telah diaktifkan. Dengan menyahaktifkan fungsi – fungsi tersebut secara tidak langsung akan membantu meningkatkan kemampuan PC anda dalam menjalan permainan video dengan kualiti yang lebih memuaskan.

Berikut kami kongsikan cara untuk mematikan dua fungsi tersebut.

Memory Integrity on Windows 11

Pertama sekali masuk ke menu Windows Security.

Seterusnya pada menu Device security klik pada Core isolation details.

Akhir sekali matikan fungsi Memory integrity.

Keluar daripada paparan tersebut dan Restart Windows anda.

 

Langkah Kedua ialah dengan mematikan

Virtual Machine Platform

Pertama sekali masuk ke menu Settings.

Kemudian pilih menu Apps > Optional Features.

Seterusnya klik pada More Windows features

Pada paparan berikut “Uncheck” pada fungsi Virtual Machine Platform disusuli dengan menekan tombol OK

Akhir sekali Restart Windows anda sekali lagi, selesai.

Maka dengan gabungan kedua langkah tersebut, ianya kan memberikan kelebihan kepada kualiti “gaming” PC anda.

Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress