Kebiasaan aturan bagi kelantangan (volume) bunyi telefon Android terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, nada dering, jam penggera dan juga kandunga multimedia.
Untuk memudahkah kelantangan bunyi ditetapkan berbeza bagi setiap aplikasi, anda boleh memuat turun aplikasi App Volume Control.
Ia berfungsi untuk memudahkan anda menetapkan kelantangan yang berbeza mengikut aplikasi yang anda mahukan. Muat turun aplikasi App Volume Control di PlayStore dan ikuti langkah tetapan seperti dibawah.
- Tekan “PRESS HERE TO GO TO SERVICES…“
- Pilih App Volume Control Service dan aktifkannya.
- Tekan butang patah balik dan senarai aplikasi akan terpapar.
- Pilih aplikasi dan tetapkan kelantangan mengikut kemahuan anda.
Aplikasi ini ditawarkan dalam dua versi, dan percuma dan berbayar.