Pada bulan lalu, Google telah mengumumkan kemas kini untuk peranti Android. Antaranya termasuk Google Maps yang kini boleh ditetapkan dengan mod gelap atau dark mode.

Google Maps sebelum ini sudah sedia menawarkan mod gelap. Bagaimanapun, ia hanya ditukarkan secara automatik apabila tiba waktu malam sahaja. Dengan kemas kini terbaru, ia membolehkan pengguna untuk menetapkan mod gelap secara kekal.

Jika anda ingin menukar Google Maps dengan tetapan mod gelap, berikut kami sediakan beberapa langkah mudah untuk melakukannya.

Cara tetapkan mod gelap pada Google Maps

1. Kemas kini aplikasi Google Maps dengan versi terkini pada Android.

2. Buka aplikasi Google Maps dan tekan pada ikon profil.

3. Seterusnya, klik pada butang “Settings”.

dark mode Google Maps

4. Di bahagian “Settings”, tekan pada “Theme”. Setelah itu, anda mempunyai tiga pilihan untuk tetapan tema iaitu mod cerah, gelap, atau mengikut tema peranti anda. Jika inginkan mod gelap, pilih “Always in dark theme”. Kemudian, tekan “Save”.

5. Google Maps anda kini telah ditetapkan dengan tema mod gelap.

dark mode Google Maps

Selesai. Anda juga boleh mengubah semula tema tersebut dengan mengikuti langkah yang sama.

Semoga bermanfaat.