Mungkin masih ada yang tidak tahu, tetapan kalendar Islam boleh dilakukan pada peranti iOS tanpa aplikasi pihak ketiga. Dengan mengikuti beberapa langkah mudah ini, anda boleh mengetahui tarikh bagi kalendar Islam dengan lebih mudah.
Pada bahagian Setting, pergi ke Calendar.
Kemudian, di bahagian Alternative Calendars, tandakan Islamic.
Selesai. Setelah itu, jika anda pergi ke bahagian Calendar, terdapat paparan dua nombor yang mewakili kalendar Masihi di bahagian atas dan kalendar Hijrah di bahagian bawah. Terdapat garisan nipis berwarna merah untuk mengetahui perubahan bulan Islam. Garisan tebal berwarna merah pula menandakan perubahan tahun bagi kalendar Islam.
Kalendar ini juga akan dipaparkan pada Lock Screen peranti anda.