Penggunaan versi gelap sememangnya sangat terkenal kepada pengguna Youtube, Chrome dan lain – lain. Bagi yang belum tahu, fungsi tersebut juga ada disediakan pada PC yang menggunakan WIndows 10.
Cara untuk mengaktifkannya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.
Pertama sekali klik kanan pada ruangan Desktop dan pilih menu Personalized
Apabila muncul paparan berikut, pilih menu Color
Seterusnya skroll kebawah dan cari fungsi berikut dan pilih Dark.
Dengan itu paparan tetingkap pada Windows akan berubah menjadi gelap.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.