Kepada anda yang berasa jengkel dengan bunyi notofikasi bagi setiap aktiviti atau reaksi yang anda terima melalui aplikasi Facebook, berikut kami kongsikan cara untuk mematikan bunyi yang “mengganggu” tersebut.
Pertama sekali masuk ke aplikasi Facebook.
Kemudian Tap pada ikon menu.
Pilih Settings & Privacy.
Masuk ke menu Settings.
Pada bahagian Preferences pilih menu Media.
Kepada pengguna Android, matikan 2 fungsi berikut pada paparan berikut.
Manakala bagi pengguna iPhone atau iPad, matikan fungsi In-App Sound.
Selesai, maka tiada lagi bunyi yang mengiringi notifikasi Facebook.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.