Bermula 1 Jun 2021, Google mengatakan bahawa tiada lagi storan percuma untuk Docs, Sheets, Slides dan sebagainya dalam Google Drive.

Selain itu, Google Photos yang dahulunya mempunyai storan tanpa had juga sudah tidak akan ditawarkan. Bermakna, sama ada anda membuat sandaran dengan kualiti asli atau kualiti tinggi, ia masih mengambil ruang storan.

Mungkin anda tidak tahu berapa banyak baki storan percuma yang tinggal dalam akaun yang anda gunakan seperti Google Drive, Gmail, Google Photos.

Oleh itu, ikut langkah ini untuk menyemak berapa baki storan percuma Google anda.

Pergi ke pautan ini, log masuk Gmail anda. Kemudian, anda akan dapat lihat pecahan berapa storan yang anda gunakan. Ia dibahagikan antara Google Drive, Gmail, Google Photos dan sandaran peranti.

Untuk pengetahuan, setelah 1 Jun berlalu, Google akan menghantar peringatan kepada anda terhadap storan ini.

Dengan ini, jika anda mahukan storan lebih, anda boleh melanggan pelan Google One serendah RM8.49 sebulan untuk storan 100GB.

Walau bagaimanapun, anda boleh membuang mana-mana fail yang tidak penting bagi mengembalikan ruang storan anda. Ini adalah cara yang paling menjimatkan.

Sampai di sini sahaja tips daripada kami, semoga bermanfaat.