Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Sambungkan 8 Telefon Huawei Dan HONOR Untuk Mainkan Lagu Serentak

Posted on Januari 29, 2020

Saat riadah dan melepak bersama rakan-rakan pasti lebih meriah dengan dendangan lagu dari artis kegemaran. Namun dizaman sekarang, tidak semua orang membawa sistem pembesar suara ke hulu ke hilir. Cukup sekadar menggunakan pembesar suara pada telefon pintar.

Tetapi bagi anda yang mahukan suasana lebih riuh lagi, boleh sambungkan 8 peranti Huawei dan HONOR menerusi ciri Party Mode. Melaluinya, telefon pintar yang bersambungan akan memainkan lagu serentak.

Bagaimana cara untuk mengaktifkan Party Mode?

Mudah sahaja, masuk ke aplikasi Music pada peranti Huawei atau HONOR anda dan cari “Party mode”. Paparan skrin akan menunjukkan dua butang pilihan, Start Party dan Join Party.

Untuk mulakan, tekan pada Start Party kod QR akan diberikan. Koq QR itu digunakan untuk peranti lain bersambung pada peranti anda.

Bagi peranti lain, tekan butang Join Party dan imbas kod QR tadi. Setelah bersambung, anda kini boleh menikmati muzik yang dikawal pada satu peranti dengan telefon pintar lain dijadikan sebagai pembesar suara.

Ciri Party Mode ini menyokong sehingga 8 peranti Huawei dan HONOR pada satu-satu masa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress