Saya ingin mengingatkan kepada pengguna iPhone untuk sentiasa membuat sandaran (back up) kenalanĀ (contact) anda sebelum memulakan sebarang proses pemulihan semula atau restore.
Hal ini demikian, anda tidak dapat memulihkan kenalan yang telah dipadam sekiranya anda tidak membuat sebarang sandaran.
Selain itu, proses pemulihan sebenarnya akan memadam contact baharu iPhone yang anda simpan selepas melakukan sandaran.
Dalam bahasa mudah, jika anda memulihkan kenalan iPhone daripada iCloud, nombor baharu yang anda simpan selepas proses sandaran yang terakhir akan terpadam dan digantikan dengan nombor yang telah anda sandarkan sebelum ini.
Berikut merupakan langkah-langkah memulihkan contact iPhone anda melalui iCloud.
- Buka sebarang pelayar web (chrome, safari, firefox dan etc) daripada komputer dan pergi ke www.icloud.com.
- Log masuk ke dalam iCloud.com menggunakan username dan kata laluan iCloud anda. ( Apple ID kebiasaannya adalah alamat emel anda)
- Selepas log masuk, klik pada nama anda di belah kiri atas laman sesawang iCloud.com itu.
- Klik pada tetapan akaun dalam menu yang telah keluar itu.
- Pada laman tetapan akaun itu, tatal (scroll) ke bawah sehingga anda nampak “Advanced“. Di bawah itu, klik pada “Restore Contacts“.
- Laman pemulihan akan keluar selepas itu. Cari fail yang anda ingin pulihkan dan klik pada pautan “Restore” di selepasnya.
Proses pemulihan yang bermula selepas itu dan ia akan mengambil masa beberapa minit sehingga proses pemulihan contact selesai pada iPhone anda.
Saya ingin mengingatkan sekali lagi, memulihkan contacts dari iCloud.com akan menggantikan kenalan yang ada pada iPhone anda dengan contact yang ada dalam fail pemulihan.
Oleh itu, saya menggalakkan anda untuk sentiasa melakukan sandaran contacts iPhone untuk mengelakkan nombor kenalan baharu daripada hilang.
Baca juga: