Setiap peranti mudah alih mempunyai Advertising ID atau ID unik pengguna yang membantu servis pengiklanan menetapkan iklan mereka.

Seperti “cookies” di pelayar web, ia menjejak serta berkongsi aktiviti pengguna kemudian mengiklankan perkara yang cenderung dibuka oleh pengguna.

Ciri ini tidak boleh ditutup atau dibuang selamanya tetapi jika anda merasakan ia menceroboh privasi dan maklumat peribadi, pengguna Android boleh ikuti langkah ini:

Pertama sekali, buka menu “Settings” dengan menekan ikon gear.

Kemudian tatal kebawah dan pilih tetapan “Google”.

Seterusnya pilih “Ads”.

Tekan “Reset Advertising ID”.

Pilih “OK” di paparan pengesahan.

Hidupkan tombol “Opt out of Ads Personalization”.

Akhir sekali, pilih “OK” di paparan pengesahan sekali lagi.

Selesai. Walaupun ia hanya menetapkan semula (reset), jika dilakukan secara berkala ia dapat mengurangkan maklumat peribadi yang dikongsi.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.