Kepada anda yang berasa bosan dengan posisi asal Taskbar pada Windows 11, berikut kami kongsikan cara untuk memindahkannya ke posisi atas.
Pertama sekali masuk ke aplikasi Registry berikut.
Kemudian masuk ke menu seterusnya mengghunakan kod dibawah.
Computer\HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\StuckRects3
Seterusnya Double Click pada menu Setting.
Pada paparan Edit Binary Value, ubah kod nombor yang ke-5 dari kiri dan ke-2 dari atas kepada kod “03” disusuli dengan menekan tombol OK.
Akhir sekali Restart PC, anda akan dapati paparan Taskbar telah berpindah ke posisi atas seperti berikut.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.