Pada Oktober tahun lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengumumkan pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara dalam talian melalui sistem myEG sudah boleh dilakukan bermula 16 Oktober 2020.

Selain sistem myEG, pengguna juga boleh membuat pembaharuan lesen CDL melalui portal mySIKAP. Portal mySIKAP merupakan sebuah portal dalam talian rasmi bagi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Berikut disediakan beberapa langkah untuk membuat permohonan bagi pembaharuan lesen memandu melalui portal mySIKAP dan myEG.

Pembaharuan lesen memandu (CDL) melalui mySIKAP

Perlu diketahui, kaedah pengambilan lesen yang telah diperbaharui melalui mySIKAP hanya boleh dilakukan melalui kaunter JPJ sahaja. Jika anda ingin memilih kaedah pengambilan melalui penghantaran, ikut langkah pembaharuan lesen melalui myEG.

Bagi pembaharuan lesen CDL melalui mySIKAP, membuat permohonan secara dalam talian terlebih dahulu akan memudahkan urusan pengambilan nanti.

1. Bagi anda yang belum pernah mendaftar, lakukan pendaftaran kali pertama melalui portal mySIKAP. Untuk membuat pendaftaran bagi pembaharuan lesen, anda tidak perlu mengisi nombor rujukan. Hanya perlu isikan nombor kad pengenalan, telefon bimbit, e-mel dan pengesahan e-emel. Setelah itu, masukkan kod sekuriti dan tekan “Teruskan”.

2. Sahkan pendaftaran dan tekan “Hantar”. Kemudian, anda akan menerima e-mel bagi kata laluan sementara. Log masuk dengan kata laluan sementara itu. Kemudian, isi kata laluan baharu dan jawab tiga soalan sekuriti.

3. Log masuk semula dengan kata laluan baharu yang telah diisi tadi. Di bahagian “Utama”, pilih “Lesen Memandu”.

cara renew lesen memandu online

4. Kemudian, tatal ke bawah dan pilih “Pembaharuan Lesen Memandu”.

cara renew lesen memandu online

5. Pilih jenis lesen CDL. Untuk tempoh pembaharuan, anda mempunyai pilihan dari 1 hingga 5 tahun. Setelah itu, tekan “Cari”.

6. Semak maklumat yang terpapar dan tatal ke bawah. Di bahagian “Kaedah Penghantaran”, pilih “Kaunter JPJ”. Tanda pada “Ambil Gambar” jika ingin mengemaskini imej pada lesen memandu di kaunter JPJ berhampiran. Kemudian, tekan “Bayar”.

7. Untuk pengesahan gambar yang akan digunakan, tekan “Ya”.

8. Akhir sekali, semak keterangan transaksi dan pilih pembayaran melalui kad kredit atau perbankan internet. Tekan “Bayar”.

cara renew lesen memandu online

Selesai untuk kaedah pembaharuan lesen CDL melalui mySIKAP.

Pembaharuan lesen memandu (CDL) melalui myEG

Jika anda memilih kaedah pengambilan lesen CDL yang diperbaharui melalui penghantaran, anda disarankan untuk membuat pembaharuan secara dalam talian melalui sistem myEG.

1. Log masuk melalui laman web myEG atau “Create Account” untuk pendaftaran kali pertama.

2. Kemudian, di halaman utama pilih “Jabatan Pengangkutan Jalan”.

3. Seterusnya, pilih “Perbaharui Lesen Memandu (CDL)”.

cara renew lesen memandu online

4. Di bahagian ini, baca syarat permohonan CDL, tatal ke bawah dan tekan “Teruskan”.

5. Pada bahagian maklumat pengguna, isi maklumat seperti nombor kad pengenalan, kategori, tempoh pembaharuan, nombor telefon dan alamat e-mel.

6. Pilih kaedah pengambilan melalui “Penghantaran”. Isi nama pemohon dan alamat penghantaran. Kemudian, tekan “Teruskan”.

cara renew lesen memandu online

7. Sahkan alamat penghantaran dan nombor telefon yang diberikan dan sekali lagi klik pada “Teruskan”. 

8. Perlu diketahui, anda akan dikenakan beberapa caj termasuk caj penghantaran, SST, e-Khidmat dan sebagainya. Jika setuju dengan caj yang akan dikenakan, tekan “Teruskan”.

cara renew lesen memandu online

9. Semak gambaran yang akan dicetak pada lesen memandu dan pastikan maklumat adalah betul. Setelah disahkan maklumat adalah betul, tanda pada persetujuan dan “Teruskan”.

10. Tekan pada “Ya” jika anda telah pasti dengan pilihan yang dibuat dan bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

11. Buat pembayaran secara dalam talian dengan tekan pada “Online Banking”.

cara renew lesen memandu online

Selesai.

Untuk makluman, jika anda menghadapi masalah untuk meneruskan langkah pembaharuan lesen memandu berikutan tiada rekod gambar, anda perlu merujuk ke JPJ berhampiran untuk kemas kini gambar terlebih dahulu.

Di sisi yang lain, anda juga boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan lain yang ditawarkan melalui portal mySIKAP dan myEG.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.