Peminat permainan video pasti biasa dengan “FPS counter” yang memantau frame rate dan kelancaran permainan.

Bagaimanapun, tidak semua tahu cara untuk menghidupkan ciri ini tanpa menggunakan perisian pihak ketiga. Berikut adalah cara untuk memaparkan fps counter di Windows 10 menggunakan XBox Game Bar.

Pertama sekali, buka Settings”, pergi ke Gaming”, pilih XBox Game Bar”, dan hidupkan fungsi tersebut. Untuk lebih mudah, tekan Windows+G.

Seterusnya, tekan butang menu di overlay Game Bar untuk paparkan wiget “Performance”.

Kemudian, tekan pilihan “FPS” dan tekan “Request Access”.

Selepas itu anda perlu but semula komputer untuk menghidupkan ciri ini. Sebaik sahaja komputer dibut semula, lancarkan permainan dan buka Game Bar.

Sekarang anda boleh pantau kadar FPS melalui wiget tersebut dan juga boleh kecilkan, serta gerakkan atau “Pin” kan mengikut kehendak.

Untuk tutup atau buang fungsi ini, buka Game Bar dan tekan butang “Unpin”. Ia hanya akan muncul apabila anda buka semula Game Bar.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: howtogeek