Kebaisaannya kita melakukan tangkapan layar keseluruhan pada Paparan Windows dan perlu disunting untuk memulih bahagian yang diinginkan, yang mana kaedah tersebut agak leceh dan memakan masa.
Berikut kami kongsikan cara pantas untuk melakukan tangkapan layar PC pada bahagian yang kita inginkan tanpa perlu disunting.
Pertama sekali tekan kombinasi kekunci Windows + Shift + S
Maka Paparan akan menjadi seperti berikut.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memilih bahagian yang ingin dibuat tangkapan layar menggunakan tetikus.
Selesai, sekarang apa yang perlu anda lakukan ialah dengan “Paste” kannya pada mana – mana platform yang anda inginkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.