Jumlah Mel yang terlalu banyak pada ruangan Inbox, mengakibatkan kesukaran untuk melakukan caraian dan membuat pilihan bagi proses “pencucian” Peti masuk. Berikut kami kongsikan cara mudah untuk membuat carian Mel pada Gmail berdasarkan tempoh masa yang diinginkan.
Pertama sekali masuk ke Inbox dan klik pada ruangan carian.
Seterusnya masukkan kod “older_than:” berserta tempoh masa yang anda inginkan, seperti berikut.
- older_than:1m (Mel yang melebihi 1 bulan)
- older_than:1y (Mel yang melebihi 2 tahun)
- older_than:3y (Mel yang melebihi 3 tahun)
Maka dengan itu senarai mel berdasarkan tempoh masa yang dicari akan dipaparakan untuk memudahkan urusan menapis dan memadam kandungan Gmail.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.