Kepada anda yang selalu terlupa ataupun inginkan proses mencabut Thumbdrive daripada PC tanpa perlu menunggu mesej “Safely Remove a USB Drive” muncul, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali masuk ke menu Device Manager.
Kemudian klik kanan pada ikon storan mudah alih anda dan pilih menu Properties.
Pada paparan berikut, tandakan pada pilihan fungsi berikut seterusnya disusuli dengan menekan tombol OK.
Selesai, sekarang anda tidak lagi perlu melakukan rutin yang selalu anda lakukan sebelum mencabut storan mudah alih tersebut pada PC, ianya hanya terpakai pada peranti tersebut sahaja, sekiranya menggunakan Thumbdrive yang lain, anda perlu melakukan proses tadi sekali lagi.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.