Mesej yang telah dipadam pada aplikasi perbualan seperti Whatsapp, telegram dan sebagainya, masih boleh dilihat sekiranya anda telah mengaktifkan fungsi “Notification History” pada peranti Android. Berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut.
Pertama sekali masuk ke menu Settings.
Seterusnya buka menu Notifications.
Kemudian pilih menu Notification History.
Akhir sekali aktifkan fungsi Use Notification History.
Selesai, maka kesemua notifikasi daripada aplikasi berikut termasuk mesej yang masuk pada aplikasi Whatsapp dan Telegram akan dapat dilihat pada paparan notifikasi walaupun telah dipadam pada aplikasi.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini semoga bermanfaat.