Kepada pengguna Android diluar sana, berikut kami kongsikan tips bagi anda yang menghadapi masalah dengan paparan iklan yang tidak diingini sama ada semasa melayari laman sesawang ataupun ketika menjalakan aplikasi.
Pertama sekali masuk ke menu Settings.
Kemudian buat carian “Private DNS” dan masuk ke menu tersebut.
Seterusnya pilih “Private DNS provider hostname”.
Akhir sekali pada ruangan dibawah, masukkan kod “dns.adguard.com” disusuli dengan menekan “Save”.
Maka dengan itu tiada lagi paparan iklan ketika melayari laman sesawang dan aplikasi pada peranti.
Selesai itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.