Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Mudah Untuk Perbaharui Kad ‘Virtual’ MAE

Posted on Februari 1, 2023Februari 1, 2023

Bagi yang menggunakan aplikasi MAE, anda mungkin sudah tahu ia merupakan aplikasi yang dilengkapi dengan sejumlah ciri perbankan seperti pembayaran, pemindahan dan pengeluaran wang, tambah nilai, pembayaran bil, DuitNow serta lain-lain.

Namun, mungkin kad ‘virtual’ MAE yang dimiliki sudah pun hampir tamat tempoh. Berikut kami sediakan beberapa langkah mudah untuk memperbaharui kad virtual di aplikasi MAE. Perlu diketahui, tiada sebarang caj yang dikenakan untuk memperbaharui kad ini.

Cara perbaharui kad virtual MAE

1. Buka aplikasi MAE dan tekan pada “Maybank2U”. Seterusnya, pilih “Cards” dan klik “MAE Debit Card“.

2. Di bahagian “Card Management”, tatal ke bawah dan pilih “Virtual Card Renewal”. Kemudian masukkan kata laluan akaun MAE dan tekan “Continue”.

3. Selanjutnya, pilih “Renew My Virtual Card”, dan klik “Approve” untuk mengesahkan pembaharuan kad melalui Secure2u.

renew kad MAE

Selesai. Kad virtual MAE anda kini sudah berjaya diperbaharui.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Tinggalkan komen jika ada sebarang cadangan mahupun penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress