Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan satu aplikasi yang boleh di pasang pada peranti Android untuk menambah saiz storan dalaman. Kedengaran seperti indah khabar dari rupa, namun pada hakikatnya aplikasi ini sangat berkesan, kerana saiz yang berjaya di tambah boleh melebihi 1GB.
Keserasian aplikasi ini bergantung pada jenis peranti Android itu sendiri, sekiranya bernasib baik mungkin penambahan saiznya lagi besar. Aplikasi yang kami maksudkan ialah GOM Saver – Memory Storage Saver.
Anda boleh muat turun aplikasi ini daripada Playstore atau klik sahaja pada pautan dibawah.
Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan klik sahaja pada menu seperti dalam bulatan merah berikut.
Selesai, saiz penambahan berbeza-beza utk setiap peranti. Sekiranya anda ingin storan sokongan atas talian, boleh sahaja sambungkan GOM Saver terus kepada Google Drive dengan memasukkan akaun google anda pada menu berikut.
Oleh itu, sekiranya storan peranti anda penuh maka fail-fail yang lain akan terus dimuat naik ke Google Drive.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami. Semoga bermanfaat